Friday, June 24, 2011

Blogspot dibanjiri dengan blogger baru???

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)
Sejak akhir-akhir nie, terasa bagai belog nie telah dianak tirikan oleh cik elmo bukan?
ehhh, sebanarnya tidak.. Cik elmo sibuk dengan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar..

Maklum sahaja lah, cik elmo bakal menghadapi peperiksaan di penghujung tahun nie..
Jadi, segala aktiviti termasuklah aktiviti berbloging terpaksa di letak tepi dahulu..
Di harapkan para pembaca tidak ternanti-nanti akan penulisan daripada cik elmo ye :)

Jadi, entri kali nie cik elmo ingin menyentuh sedikit tentang kebanjiran blogger-blogger hijau
seperti cik elmo nie.. haisy, maaf ter'promote' diri pulak.. Apakah sebab-sebab yang telah menyebabkan terjadinya kebanjiran ini.. Berikut merupakan antara sebab musabab yang telah berjaya saya senaraikan :


  • facebook yang semakin membosankan
Umumnya, semua orang tahu setiap kejadian ada pasang surutnya.. Setiap kepopularan juga ada naik turunnya jugak... Betul tak? Haa, konsep seperti nie sesuai dalam memperjelaskan kedudukan facebook di mata penggunanya..  Sebab itu, sekarang nie ramai orang sudah beralih arah ke laman blogspot pulak.. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengembangkan bakat penulisan yang mereka pendam selama ini..


  • ajakan daripada kawan-kawan
Kadangkala, kita juga boleh tertarik apabila terdengar gosip daripada kawan-kawan untuk mewujudkan ruangan penulisan di alam maya.. Yela, kalau dah hari-hari kawan korang asyik bercakap pasal belog je, siapa yang tak teringin untuk ada jugak kan?


  • medium untuk menambah kenalan
Manalah tahu kalau korang nie teringin nak mempunyai kenalan di alam maya..
Nahhh, inilah salah satu laman yang tepat untuk korang memulakan sesebuah persahabatan itu..
Manalah tahu, melalui alam maya nie, korang boleh terus menjadikan hubungan persahabatan nie
menjadi rapat di alam realiti nanti.. Siapa tahu kan?


Sekian sahaja sesi pertemuan kita pada kali nie.. Semoga kita bertemu lagi di lain waktu ye :)

0 jejari komen: