Monday, July 11, 2011

Dear blog, i'm really miss you !

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya..
Ehhh, tak sangka si pemilik ini masih hidup kan? ingatkan beliau sudah melupakan teratak keduanya di sini..
Walaweh, memang sukar bagi si pemilik belog ini untuk merajinkan jari-jemari beliau untuk menekan-nekan butang keyboard nie..

Maklumlah, jikalau kakaknya sudah membolot hampir 12 jam masa hariannya di rumah untuk mengadap lappy tanpa henti.. cehh, memang dasar punya kakak !  Sanggup menggunakan kuasa vetonya sebagai orang yang lebih tua untuk memenangi sesi perebutan lappy ini..

Tapi takpe.. Oleh sebab, hari nie beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk mengupdate belog ( sebetulnya memang dia takkan update pon..)  Maka, dengan ini ieyza ingin mengumumkan bahawa hari ini ialah hari pemilikan lappy yang sementara buat ieyza.. YEAHHH !

Ohhh yaa !  Buat kawan-kawan yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke teratak ieyza elena ini, Ieyza dengan berbesar hatinya mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan dan sokongan anda semua ke mari..

Turut tidak dilupakan, buat pembaca setia yang sudi menjenguk-jenguk di tepi tingkap teratak Ieyza nie.. Diharapkan, anda semua terus menyokong serta memberikan tunjuk ajar yang sebetulnya dalam berblogging.. Sekian, terima kasih :)

0 jejari komen: