Saturday, March 10, 2012

Ieyza kembali dengan semangat yang baru :)

Assalamualaikum semua :)

Wah wah wah, sama ada korang sedar atau pon tidak, sudah hampir dua bulan belog ini ditinggalkan sepi tanpa khabar berita. Ohh, tak sangka rupa-rupanya dah begitu lama Ieyza mengetepikan belog cikai ini.

Semua ini, disebabkan oleh rutin harian sebagai seorang pelajar yang memaksa Ieyza agar bijak membahagikan masa dengan aktiviti yang sewajarnya.

Jadi, kali nie Ieyza kembali ke dunia blogging dengan gaya belog yang baru, lebih segar dan sedap mata memandang. Setelah berbincang sedalam-dalamnya dengan kakak Ieyza iaitu Mieya Atiera dan akhirnya kami bersepakat untuk menghasilkan satu belog tutorial.

Tujuan utamanya adalah untuk berkongsi ilmu serta membantu para blogger dalam menceriakan lagi dunia blogging ini. Ya, walaupon blog tutorial yang wujud semakin banyak, tapi belum cuba belum tahu kan? Ieyza akan cuba untuk membuat sedikit kelainan daripada blog-blog yang lain.

Diharapkan korang semua terus menyokong Ieyza untuk terus maju ke hadapan dalam dunia blogging nie.
Sekian, terima kasih :)

0 jejari komen: