Saturday, June 9, 2012

Syhhh, Boyz pon menangis juga

Sama seperti gurlz, makhluk bergelar boyz juga manusia biasa yang memiliki perasaan sedih, kecewa dan menangis. Air mata menjadi tanda luahan rasa hati tersebut yang sifatnya lumrah. Cuma bezanya ialah kalau gurlz tak malu atau berusaha menutupi mata yang sembap gara-gara menonton filem sedih, boyz pula sebaliknya.

Bagi boyz, menangis itu sifatnya terlalu peribadi. Golongan yang sememangnya perlu berjiwa kental dan terlihat gagah ini menangis untuk alasan atau perkara yang tepat. Tak pernah ada istilah 'air mata percuma' dalam kamus mereka. Wah, mahalnya air mata boyz!


  • Menangis di depan you all
Jangan menganggap si dia jenis boyz yang lemah hanya kerana menangis saat mencurahkan isi hatinya tentang keluarga atau masalah peribadi. Sebaliknya you all harus gembira dan faham bahawa itu ertinya si dia sudah begitu mempercayai you all. Bukan mudah untuk boyz berkongsi perkara melibatkan famili pada orang lain kecuali yang benar-benar dia yakini tau!


  • Terus Berdiam Diri
Ribut takde, angin takde, tetibe aje si dia berubah menjadi pendiam dan tak bersemangat. Didesak dengan pertanyaan kenapa pon  masih mengelak. Setelah diperhatikan, matanya nampak merah seperti menangis atau menahan aiir mata. Normal ego boyz merakam kesimpulan mudah bahawa menangis ertinya lemah.


  • Bila-bila dan di mana saja
Berkongsi rahsia hati, menangis, mata dia mula berkaca-kaca, hidungnya mula berair. Nampak gaya air matanya mudah sungguh mengalir. Boyz sebegini sudah pasti berjiwa sensitif dan mengerti perasaan gurlz.


  • Peristiwa sedih
Ada beberapa situasi yang tak boleh menahan air mata boyz sekalipun dia semacho Aaron Aziz. Misalnya, kematian orang yang dicintai atau ketika mengingati dosa yang pernah dilakukan. Mungkin kerana mereka sedar atau ada ungkapan menyentuh hati yang membawa ingatannya ke peristiwa lama.

  • Putus sudah
Jangan ingat cuma you all sahaja yang bersedih selepas 'break up'. Si dia juga pun sama rasa terseksanya. Bagi si dia, tak mudah untuk melupakan apa yang pernah dilalui bersama you all. Lebih-lebih lagi kalau korang dianggap sebagai gurlz yang sesuai dan berkualiti terbaik.


Air mata yang mengalir umpama mengeluarkan racun dari tubuh. Asal daripada kesedihan hati yang menyelubung perasaan dan hasilnya tangisan. Jadi, benarlah. Ada masanya boyz turut menangis.

0 jejari komen: