Monday, July 16, 2012

Aura Justin Bieber Di Malaysia

“SAYA bertuah kerana mempunyai peminat yang begitu menyokong kerjaya seni dan tidak sekali berundur untuk memberikan jeritan setiap kali saya muncul. Itulah rahsia saya kekal bersemangat dan terus bertenaga untuk memberikan yang terbaik.


“Inilah pengalaman paling indah terutamanya kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat di sini yang sememangnya penuh tenaga. Saya sayang peminat di Malaysia,” kata bintang muda terkenal, Justin Bieber pada petang Sabtu lalu. 



Penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby dan Boyfriend itu hadir ke Malaysia selama dua hari bagi memeriahkan lagi sambutan MTV World Stage 2012 di Sunway Surf Beach.

Kali kedua berada di Kuala Lumpur, fenomena Justin Bieber masih sama malah makin luar biasa apabila lebih lima belas ribu peminat berhimpun menyaksikan persembahannya.





Tidak hanya itu, kehadirannya kali ini lebih mengundang fanatik dikalangan peminat apabila bintang terkenal berusia 18 tahun itu berada di ibu kota sehari lebih awal memberi lebih masa buatnya bersiar-siar dan berhibur di sekitar Kuala Lumpur.

Meskipun masih membawa teman wanitanya juga penyanyi jelita, Selena Gomez, peminat bagai histeria sebaik mengetahui Bieber sudah tiba di Malaysia.

Menerusi twitter milik Bieber juga penganjur, MTV Malaysia, peminat tidak henti bertanya di mana lokasi bintang kegemaran mereka itu.

Menurut bintang kacak ini lagi, peminat di Malaysia jauh berbeza berbanding dari yang lain kerana mereka lebih gemar menjerit tanpa henti. 




Bieber sempat melayan peminat setianya di majlis sidang media pada petang Sabtu lalu dan berpeluang mendendangkan enam lagu secara akustik.

Malah, lebih menariknya, Bieber membuka ruang kepada peminat untuk bertanyakan soalan.

MTV World Stage 2012 pula, Bieber diletakkan sebagai pembuka tirai. Mula menggegarkan pentas seawal jam 6.35 petang dengan lagu yang memperkenalkan namanya, Baby dan kemudiannya Around The World, Bieber jelas mengubat kerinduan peminat. 

2 jejari komen:

Nanadyaya said...

i love justin bieber :D

do visit and follow me back :)
http://theimmaturesideofme.blogspot.com/

ieyza elena said...

Nanadyaya > I love him too :)