Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum korang :)

Hari ini, merupakan hari yang kelapan kita semua merayakan Aidilfitri. Dan rasanya, masih belum terlambat lagi untuk Ieyza mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca sama ada yang aktif mahupun pasif.


Belakangan ini, Ieyza dah mula jarang berblogging dek kerana kesuntukan masa dan juga ketidak-lancaran aliran idea ke kepala hotak. Tapi takpe, itu semua tidak sedikit pon mematahkan semangat Ieyza untuk kembali berblogging seperti biasa.

Hari Raya ini masa untuk mengenang semua keluarga dan rakan-rakan yang dikasihi, serta mereka yang kurang bernasib. Insyallah, kita akan menggiatkan usaha untuk mengingati dan membela semua yang memerlukannya.

Salam Aidilfitri!

0 jejari komen: