Tuesday, September 25, 2012

Berakhirnya, Hubungan Cinta Anne Ngasri Dengan Aliff Aziz

Doa peminat yang ingin melihat pelakon wanita, Anne Ngasri dengan kekasih hatinya, Aliff Aziz berbaik dan bersatu kembali tidak menjadi kenyataan.

Menerusi laporan akhbar BiPop, Anne mengakui yang dia dan artis dari negara Singapura itu sudah pun putus cinta baru-baru ini.
Bagi Anne, dia menganggap sudah tidak ada jodoh antara dia dan Aliff lagi walaupun sudah lama menyulam rasa cinta antara diri masing-masing.
Malah, Anne juga menafikan yang punca perpisahan itu berlaku disebabkan tekanan dari keluarga atau pun kenyataan yang pernah dibuat oleh kakaknya, Darling Ngasri di media.
“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini.
“Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff) yang cukup peribadi,” kata Anne.

Bagi Siti Hafiza S, Ibu kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz. Terputusnya hubungan kasih Aliff dan Anne adalah sebagai lumrah kehidupan manusia.
Masih lagi terlalu banyak untuk anak lelakinya itu terokai pegalaman dalam kisah hidupnya yang masih panjang.
Malah, dia hanya mampu mendoakan perkara yang terbaik sahaja buat anaknya itu.
“Inilah lumrah kehidupan. Sebelum ini pun, Adda Butterfly pun mengalami situasi perit apabila hanya 17 hari menjadi isteri orang. Apatah lagi, anak saya yang masih belum mempunyai apa-apa ikatan yang sah dengan Anne.
“Sebagai ibu, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk anak saya. Apa yang menimpa anak saya ini memang berlaku dalam kehidupan manusia yang lain. Yang bezanya adalah anak saya ini seorang artis,” katanya. - mynewshub


0 jejari komen: