Saturday, September 22, 2012

Dashboard Blog Bertukar Baru

Assalamualaikum :)

Hai semua !

Ya, Ieyza tahu kebanyakan daripada korang merungut bila dashboard blogger dah bertukar ke new interface. Ramai yang mengadu tak biasa, tak boleh ditukar ke dashboard lama dan terpaksa mengambil masa untuk mempelajarinya semula. Lagaknya macam blogger yang baru mendaftar.

Dan ada juga yang merungut, kebanyakan tutorial yang wujud di dunia blog nie kebanyakannya adalah daripada dashboard yang lama. So, ini sangat menyusahkan kalian untuk mengedit blog dengan cantik.

Tapi takpe. Ambil masa sebanyak yang mungkin untuk mempelajarinya semula. Dan dalam pada masa yang sama, Ieyza akan cuba untuk membuat tutorial berdasarkan dashboard blog yang baru nie.

Insyaallah, kalau berkesempatan. Ieyza tak boleh nak janji, takut nanti tak dapat ditepati. So, layan je lah okey :)

Salam ketemu lagi :)


0 jejari komen: