Monday, September 3, 2012

Justin Bieber Jadi Mentor X Factor AS



Assalamualaikum :)

Justin Drew Bieber, adalah penyanyi Pop dan R&B muda berasal dari Ontario, Kanada mula dikenali ramai menerusi Youtube.
Sejak itu fenomena ‘Demam Bieber’ telah melanda seluruh dunia.
Bieber Jadi Mentor X Factor AS
Bieber, yang sememangnya mempunyai bakat besar baru-baru ini telah dilantik menjadi mentor di dalam program pencarian bakat, X Factor di Amerika Syarikat.
Teruja dengan tawaran yang diterima, pelantun lagu Never Say Never ini akan bekerjasama dengan juri, L A Reid dalam pemilihan peserta.
“Proses pemilihan ini mengambil masa yang agak lama, namun ia menyenangkan. Seronok bekerja dengan Reid,” kata Bieber melalui Twitternya.
Selain Justin, Nick Jonas khabarnya juga terpilih menjadi selebriti mentor mendampingi Demi Lovato.
The X Factor (US) akan mula ditayang pada pertengahan September di stasiun Fox.

Sumber : Mynewshub.my

0 jejari komen: