Wednesday, October 10, 2012

Foto Pra-Perkahwinan Lee Chong Wei Tersebar

Assalamualaikum wbt :)

Sedang Ieyza membaca akhabar digital online sacara dalam talian internet, Ieyza terpandang artikel mengenai Foto Pra Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei yang Tersebar.

Kalau dah namanya gah dihati para peminat, maka tidak hairanlah perkara sebegini boleh berlaku. Umumnya ramai yang mengetahui hubungan percintaan antara Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo.

Dan baru-baru ini, melalui buletin TV3 juga ada memberitahu bahawa Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya menjelang bulan hadapan sama seperti jaguh badminton China, Lin Dan yang baru melangsungkan perkahwinannya bulan lepas.

Namun dalam diam, beberapa keping gambar telah tersebar yang jelas menunjukkan persiapan perkahwinan Chong Wei dan Mew Choo sedang giat dilakukakan.

Dalam satu profil di Facebook, terdapat satu status yang dimuat naik oleh individu tertentu juga amat mengejutkan.
“Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo will be having wedding dinner on 10 and 11 Oct 2012. Excited?”
Tiga hari yang lalu, melalui NTV7, Chong Wei memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.
Dikhabarkan perkahwinan mereka berdua akan diadakan di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast.
Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan dua warna sebagai tema utama iaitu merah jambu dan putih.
Antara tetamu jemputan ialah musuh tradisinya, pemain badminton China, Lin Dan serta bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat.
Jadi, mungkin Chong Wei sudah melakukan rombakan tarikh perkahwinannya dari tahun hadapan ke tahun ini.
Jika benar, tahniah buat Chong Wei dan Mew Choo!




Sumber berita : Mynewshub

0 jejari komen: