Sunday, October 28, 2012

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya Ieyza tak berceloteh panjang disini. Selalunya entri seperti tutorial, tak pon short entri sahaja yang bertandang di ruang dashboard korang kan?

Sebelum memulakan entri kali nie, Ieyza ingin mengucapkan Salam Aidil adha buat semua. Diharapkan korang bergembira di hari raya yang penuh kemuliaan nie.

Macam mana dengan hari raya korang? Adakah korang beraya di kampung mahupun di rumah sahaja? Diharapkan semuanya baik-baik je walau di mana korang berada. Jangan sedih-sedih ye? *Sambil hulur kitkat sebatang*

Hari raya seharusnya kita semua bergembira meraikannya walau dengan apa cara sekalipun disamping memperingati pengorbanan nabi-nabi terdahulu sebelum kita.

Macam mana pula dengan sambutan hari raya Ieyza? huhu, serius tahun ini yang paling best ! Penuh dengan kejutan demi kejutan gitu ! Tapi rasanya, tak perlu lah Ieyza kongsikan disini. Cukuplah sekadar untuk ingatan sendiri. hihi


0 jejari komen: