Friday, November 8, 2013

Tips Berkesan Atasi Masalah Bibir Pecah dan Merekah

Assalamualaikum wbt :)

Selalu dengar tips, orang cakap banyakkan minum air boleh membantu atasi kulit kering. Tapi, Ieyza walaupun hari-hari minum 2-3 botol besar air kosong pun tetap ada masalah bibir kering.

Kadang-kadang rasa tegang bibir. Silap hari bulan nak senyum pun boleh merekah dan luka. Nak cakap jadi terseksa dan tak selesa. Sekarang ni cuaca lebih panas dari biasa, lagilah menyumbang kepada faktor bibir kering.

Kali ni Ieyza nak share tips paling mudah dan berkesan untuk mengatasi bibir kering dalam masa yang singkat. Ieyza share untuk semua sebab Ieyza sendiri dah buat. Dan ia memang sangat berkesan. 


Untuk dapat gambaran lebih mudah sila tonton video pendek ni :)




Dalam video ni, model terus berus bibir lepas sapu vaseline oil. Tapi, Ieyza selalu sapu rata dan agak banyak pada malam sebelum tidur. Bangun pagi-pagi esok baru sapu bibir dengan berus gigi *circulation technique* perlahan-lahan supaya tak ada cedera.


Kesan

First time buat, memang boleh habis kepingan kering sekitar bibir. Tapi, lepas gosok pada bibir, kena kerap sapu pelembap. Supaya dia tak kering balik dengan cepat :)


Lagi satu tips elak dari basahkan bibir dengan lidah. Air liur sebenarnya boleh memberi kesan yang tak baik pada bibir yang luka dan kering. Sebab ia akan memberi kesan yang lebih kering. Malah lagi pedih.


# Kita share apa yang boleh beri manfaat bersama :) Selamat mencuba!
.