Thursday, June 19, 2014

CPUV Ke 8 Nuffnang

Assalamualaikum wbt :)

Wah, kemain minggu ini berderet je update entri baru.. kan? Alhamdulillah, ada sedikit masa terluang untuk aktiviti sampingan. So, Ieyza gunakan untuk mengupdate blog.


CPUV Ke 8 Dari Nuffnang datangnya dari Bulgogi Brothers Korean Burger. Terima kasih Nuffnang, even blog Ieyza ni tidak lah glemer mana.

Trafik pon tak kencang mana, cuma suam-suam kuku sahaja. Terus terang bila dapat CPUV ni, meningkatkan semangat Ieyza untuk konsisten dalam blogging. Kalau tak dapat update hari-hari pon, dapat dua kali seminggu pon sudah dikira okey lah kan?

So hari itu, Ieyza ada terima pertanyaan dari blogger KrungKrung berbunyi sebegini :

Kalau blog akak tak famous sangat still boleh buat duit ke dengan Nuffnang?

Jawapannya boleh. Tapi kena lah sabar lama sikit, sebab semuanya memakan masa yang lama untuk mendapatkan kepercayaan Nuffnang dan advertiser. Ieyza sendiri pon menunggu hampir 2 tahun lebih baru lah boleh dapat CPUV.

Famous atau tidak sesebuah blog itu, sebenarnya tak di ambil kira sangat pon bagi blogger picisan macam kita-kita nie semua. Sebagai contoh korang boleh sahaja lihat pada blog Ieyza. Famous ke?

Pageview pon rendah, tapi maintain seimbang setiap hari around 25-50UV. Jangan kurang daripada julat purata trafik blog korang. Ingat, blog kita semua adalah berbeza sama sekali. Set target berapa jumlah UV yang boleh blog korang capai sehari dan teruskan lah usaha untuk mengekalkan angka tersebut.

Thats all. Nak cerita lebih-lebih pon.. Ieyza sendiri pon bukanlah pakar dalam bidang ni. Baru tahun ni nak merasa CPUV dari Nuffnang, cuba lah godek-godek blog Mieyaatiera.com untuk tips selanjutnya.


3 jejari komen:

krung x said...

terima kasih ye dik sudi jawab jawab pertanyaan akak :)
semoga blog adik makin massyuk:)
aminn...

Kisah Si Dairy said...

tahniah..banyak jugak yang sedang on going tu kan...

MAT NOR said...

Alhamdulillah dan tahniah