Assalamualaikum dan selamat petang semua :)
Makin hari, makin banyak blog baru yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dan semakin hari, semakin ramai yang menggunakan Nuffnang sebagai medium pengiklanan di blog masing-masing.
Tapi, dalam ramai-ramai tu, berapa kerat sahaja yang pernah merasai kehadiran Buffered Earning?
Ya, semestinya bukan semua yang dapat merasainya. Mungkin kerana mereka kurang arif mengenai selok-belok Nuffnang. Jadi, hari nie Ieyza akan rungkaikan satu persatu.
contoh iklan Nuffnang |
Apa itu BE / Buffered Earning?
BE ialah iklan yang berjalan di blog kita. Kiranya memang masyuk lah kalau korang dapat iklan nie. Bila tiap kali bloggers lain terjah blog kita then dorang klik iklan BE tu, makanya kita akan dapat duit lebih dari situ. Lagi banyak Unique Visitor lagi banyak lah boleh jana pendapatan.
Apa itu ME / Metered Earning?
ME adalah iklan BE yang dah habis berjalan di blog kita. Kiranya dah tamat tempoh pengiklanannya di blog kita. Then amaun dari iklan BE yang tamat tu akan di kreditkan ke ME.
Apa itu CPC / Campaign Per Click?
Campaign adalah iklan yang dikira bila iklan diklik oleh bloggers lain. So bila ada orang klik, baru dapat duit. Tapi AWAS ! Jangan main klik-klik iklan sendiri sebabnya salah di sisi T&C Nuffnang. Jika didapati bersalah, akaun Nuffnang korang boleh dibekukan atas kesalahan berkenaan.
0 jejari komen:
Post a Comment