Sunday, September 30, 2012

Tutorial : Cara Nak Delete Blog

Assalamualaikum wbt and hi :)

Kali nie Ieyza nak ajar macam mana nak delete blog. Manalah tahu, kalau-kalau korang dah tak berminat nak menulis mahupun mencatat segala macam peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan seharian korang kan?

So, macam mana cara-caranya :

1. Log In > Dashboard > Setting > Basic

2. Then, klik kat Delete Blog



3. Dah. Nanti dengan segera blog korang akan terdelete.

Sekian sahaja untuk tutorial kali nie :)



Thursday, September 27, 2012

Tambah Ruang Add A Gadget di Atas Header


Asssalamualaikum and selamat malam semua.

Hari nie, Ieyza nak buat tutorial bagaimana nak Add A Gadget di atas header. Biasanya, bagi mereka yang bernaung di mana-mana syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity, Adverlets, dan Heartbeat memerlukan ruang tersebut untuk meletakkan kod iklan.

Jadi, ayuh kita mulakan cara-caranya :

1. Dashboard blog --> Template -->> Edit HTML --> Proceed




2. Tick pada Expand Widget

3. tekan Ctrl+F dan cari kod nie

<b:section class= 

ayat dia macam ni kan

  <b:section class='header' id='header' preferred='no'>
tukarkan perkataan no tu kepada yes 

tapi kalau korang cari tu jumpa kod ni

<b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>

korang delete je kod tu tanpa rasa bersalah dan ganti dengan kod ini

<b:section class='header' id='header1' preferred='yes'> 

4. Save.

Friday, September 14, 2012

Tutorial : Link Hover Pelangi

Assalamualaikum wbt :)

Baru je lepas blogwalking dari satu blog ke satu blog. And then, terperasan akan satu tutorial nie. Nampak menarik. Jadi, Ieyza nak kongsikan lah jugak tutorial tersebut bersama korang.

lebih kurang macam nie lah hasilnya nanti :)

Template Designer New interface :
i. Dashboard --> Template --> Edit HTML --> Proceed



ii. Tekan F3 dan search kod ini a:hover{
iii. Copy code di bawah dan pastekan di bawah a:hover{
iiii. Preview and Save !


-webkit-background-clip: text;
color: white;
-webkit-transition: 1.0s;
-webkit-text-fill-color: transparent;
background-image:-webkit-gradient(linear, left top, right top, from(#ea8711), to(#d96363));
background-image:-webkit-linear-gradient(left, #ea8711, #d96363, #73a6df, #9085fb, #52ca79);
background-image:-moz-linear-gradient(left, #ea8711, #d96363, #73a6df, #9085fb, #52ca79);
background-image:-ms-linear-gradient(left, #ea8711, #d96363, #73a6df, #9085fb, #52ca79);
background-image:-o-linear-gradient(left, #ea8711, #d96363, #73a6df, #9085fb, #52ca79);
}


Credit to : FaqihahHusni


Wednesday, September 12, 2012

Resepi Kejayaan UPSR, PMR, SPM, STPM Dan Lain-Lain


Resepi Kejayaan UPSR, PMR, SPM, STPM Dan Lain-Lain.


Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha.
100 gm Kesabaran.
100 gm Keimanan.
190 gm Keinsafan.
150 gm Pengorbanan.
150 gm Campuran akhlak mulia.

boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu the rasa tanggungjawab.
200 gm senyum secukup rasa.


Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.


7 Cara Cemerlangkan Otak :

1. Positive mental attitude & positive physical action.
2. Air-clean air for the brain.
3. Mental Challenges for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the brain.
6. Sleep for the brain.
7. Meditation & power brain.

( Amalan Peningkatan Daya Ingatan )

  • Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  • Percaya pada diri sendiri.
  • Ulang berkali-kali.
  • Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  • Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  • Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).


P/S : AMALKAN DAN SEMOGA BERJAYA.

Cara Buat Duit Dengan Blogging

Assalamualaikum wbt and hye semua :)

Umumnya, hampir semua blogger dah tahu. Banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan ganjaran yang lumayan dengan hanya berkongsi dan mempromosikan iklan mereka. Cuma rajin atau pun tak je yang menjadi masalah utamanya.

Bagi mereka yang rajin, sudah semestinya mereka bijak dalam mengejar setiap peluang yang ada. Sentiasa up-to-date dengan iklan yang sedang berlangsung, promosi secara berhabis-habisan tak kira lah sama ada melalui facebook, twitter, blog mahupun lawang sesawang yang lain.

Kebanyakan cerita kejayaan blogger, lebih banyak dikongsikan oleh blogger lama berbanding blogger baru. Mungkin sebab, dengan perkongsian tersebut sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat blogger lain untuk berusaha dengan lebih gigih lagi tanpa kenal erti putus asa.

Baiklah, tanpa membuang masa, hari ini Ieyza akan memperkenalkan kepada korang antara iklan yang lebih mendapat tempat di hati para blogger.

1. Nuffnang
Pergilah berkunjung ke mana-mana blog sahaja. Semestinya majoriti daripada mereka meletakkan iklan Nuffnang nie kan? Di samping banyak mempamerkan iklan-iklan yang menarik, Nuffnang juga mampu memberi pulangan yang lumayan kepada blogger.

Lihat sahaja lah blogger seperti RedMummy, Cik Epal, Eyriqazz dan Yuyu Zulaikha yang telah berjaya memperoleh pendapatan mencecah ke angka ribuan ringgit. Wah, banyak tu. Tapi, itulah orang kata, mana nak datangnya rezeki tanpa usaha kan? Maka, usaha yang berterusan perlu dalam mendapatkan trafik serta menarik pembaca untuk terus berkunjung ke sesebuah blog.

2. Churpchurp
Rasanya, dah ramai kot yang dah tahu bahawa Churpchurp nie merupakan antara anak syarikat Nuffnang. Berbeza dengan Nuffnang, pendapatan Churpchurp dikira berdasarkan unik klik terhadap sesuatu link yang disebarkan. Setiap unik klik menawarkan pendapatan sebanyak 20sen-40sen atau lebih. Dan, apa yang istimewanya, link iklan Churpchurp boleh dikongsi di pelbagai laman sesawang yang wujud.

3. Says.com
Konsep Says, lebih kurang seperti Churpchurp. Cuma yang berbeza, Says tak boleh digandingkan dengan iklan Nuffnang. Jika digandingkan bersama dalam sesebuah blog, berkemungkinan besar akan memudaratkan pendapatan Nuffnang. Misalnya, status glitterati bertukar ke Ordinary, jumlah earning CPUV berkurang menjadi separuh, proses cashout menjadi lambat dan macam-macam lagi.


Semoga, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat pilihan yang tepat :)