Assalamualaikum wbt and hye semua :)
Umumnya, hampir semua blogger dah tahu. Banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan ganjaran yang lumayan dengan hanya berkongsi dan mempromosikan iklan mereka. Cuma rajin atau pun tak je yang menjadi masalah utamanya.
Bagi mereka yang rajin, sudah semestinya mereka bijak dalam mengejar setiap peluang yang ada. Sentiasa up-to-date dengan iklan yang sedang berlangsung, promosi secara berhabis-habisan tak kira lah sama ada melalui facebook, twitter, blog mahupun lawang sesawang yang lain.
Kebanyakan cerita kejayaan blogger, lebih banyak dikongsikan oleh blogger lama berbanding blogger baru. Mungkin sebab, dengan perkongsian tersebut sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat blogger lain untuk berusaha dengan lebih gigih lagi tanpa kenal erti putus asa.
Baiklah, tanpa membuang masa, hari ini Ieyza akan memperkenalkan kepada korang antara iklan yang lebih mendapat tempat di hati para blogger.
1. Nuffnang
Pergilah berkunjung ke mana-mana blog sahaja. Semestinya majoriti daripada mereka meletakkan iklan Nuffnang nie kan? Di samping banyak mempamerkan iklan-iklan yang menarik, Nuffnang juga mampu memberi pulangan yang lumayan kepada blogger.
Lihat sahaja lah blogger seperti RedMummy, Cik Epal, Eyriqazz dan Yuyu Zulaikha yang telah berjaya memperoleh pendapatan mencecah ke angka ribuan ringgit. Wah, banyak tu. Tapi, itulah orang kata, mana nak datangnya rezeki tanpa usaha kan? Maka, usaha yang berterusan perlu dalam mendapatkan trafik serta menarik pembaca untuk terus berkunjung ke sesebuah blog.
2. Churpchurp
Rasanya, dah ramai kot yang dah tahu bahawa Churpchurp nie merupakan antara anak syarikat Nuffnang. Berbeza dengan Nuffnang, pendapatan Churpchurp dikira berdasarkan unik klik terhadap sesuatu link yang disebarkan. Setiap unik klik menawarkan pendapatan sebanyak 20sen-40sen atau lebih. Dan, apa yang istimewanya, link iklan Churpchurp boleh dikongsi di pelbagai laman sesawang yang wujud.
3. Says.com
Konsep Says, lebih kurang seperti Churpchurp. Cuma yang berbeza, Says tak boleh digandingkan dengan iklan Nuffnang. Jika digandingkan bersama dalam sesebuah blog, berkemungkinan besar akan memudaratkan pendapatan Nuffnang. Misalnya, status glitterati bertukar ke Ordinary, jumlah earning CPUV berkurang menjadi separuh, proses cashout menjadi lambat dan macam-macam lagi.
Semoga, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam membuat pilihan yang tepat :)
Wednesday, September 12, 2012
Cara Buat Duit Dengan Blogging
dikarang oleh Ieyza Elena
0 jejari komen:
Post a Comment