Friday, October 12, 2012

Blogger, Jangan Berkira boleh tak?!!

Assalamualaikum :)

Blog sebenarnya diwujudkan untuk berkongsi maklumat dan pendapat serta kehidupan kita kepada orang lain, tak kiralah blogger atau tak. Semuanya merupakan pembaca kita. 

Tetapi apa yang Ieyza lihat sekarang ni, perggghh.. blog bertujuan untuk mendapatkan populariti (ayat pasar) . Betul ke? Entahlah. Tepuk dada tanyalah hati, eceh! 

Sekarang ni, jom kita tengok pulak perangai blogger yang agak berkira sesama blogger. XD

1. IKLAN
Amboi, pasal iklan ni bukan main lagi. Kalau boleh semua iklan nak sumbat kat dalam blog. Lepas tu, siap letak text " kliklah iklan saya, bukankah tolong- menolong itu amalan mulia ?". Time blogwalking kat blog orang lain pulak, "malaslah nak klik iklan dia ni. Aku klik pun bukannya duit datang kat aku!"

2. KOMEN
Membaca dengan penuh semangat, sampai habis pulak tu. Bila sampai je part komen, " lama pulak nak scroll blog dia ni, ahh malaslah nak komen! Lagipun dah berlambak kot komen dia ni. Blog aku tak ada pun banyak komen,Puiii! "

3. FOLLOW- MEMFOLLOW
Okey, abaikan ayat yang kurang hebat tu. " i follow u, u follow i ". Pastinya ayat ni merimaskan, betul tak? Kadang- kadang dah macam satu arahan pulak. " Do follow me! " Amboiii, bukan main lagi. Suka hati oranglah nak follow atau tak. Jangan paksa, tak baik. Dulupun aku agak naif pasal ni tapi aku sedar yang blog aku ni bukannya bagus sangat nak suruh orang follow. So, sampai sekarang aku cuma invite untuk singgah kalau sudi, kalau tak, tak apalah. Tapi tak suruh pun diorang follow, biar diorang follow dengan kerelaan sendiri. :) Ini tak, kalau orang follow blog korang, baru korang pergi follow baik. =.="

4. OWNER OH OWNER
Bila aku komen kat blog dia, dia tak pernah reply! Akey, aku jadi silent reader jelah. Bila tanya dia kat formspring, dia tak pernah layan! Okey, lepas ni jangan harap aku nak tanya apa- apa lagi. Bila aku follow dia, dia tak follow balik! Okey fine. aku unfollow balik, amik kau!


Ini cuma perkongsian dari apa yang dapat Ieyza lihat. Tapi korang tahu siapa korang. Jangan pulak memanas sebab entry ni, HEHE. Ada pendapat? Meh kongsi!

0 jejari komen: