Saturday, December 7, 2013

Uban Di Usia Muda, Apakah Puncanya?

Assalamualaikum :)

Rambut beruban biasanya tumbuh pada orang yang berusia lanjut atau berumur 50-an, tetapi tidak kurang juga beberapa orang diusia masih muda sudah beruban. Sudah pastinya korang berasa terkejut ketika melihat di kepala sudah ditumbuhi uban walaupun cuma sedikit seperti 2-3 helai. Tak mustahil uban ini makin lama makin bertambah banyak di kepala anda. 


6 cara atasi masalah rambut beruban di usia muda

1. Mencegah stres

Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2. Menjaga kebersihan kulit kepala

Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.

3. Corak pemakanan yang sihat

Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.

4. Keperluan zat besi

Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.

5. Rawatan yang teratur

Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.

6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!


Jadi, apakah cara penyelesaiannya?

Mudah saja. Gunakan pewarna rambut atau pun inai. Taklah nampak ketara sangat uban tu. Tapi janganlah khuatir, uban pada diri seseorang iu boleh membuatkan mereka kelihatan seksi. muehehe


Saturday, November 23, 2013

Biodata dan Gambar Fattah Amin - Pelakon Playboy Itu Suami Aku

Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku

BIODATA FATTAH AMIN

Nama Sebenar ialah Abdul Fattah Bin Mohd Amin (Fattah Amin). Merupakan hero dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Sekarang berumur 23 Tahun. 

Beliau merupakan mahasiswa sepenuh masa dalam bidang pengurusan seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga merupakan pemenang bagi Hero Remaja 2012. (Haa.. Ieyza mula mengenali beliau melalui Remaja lah) heheh

Pernah berlakon menerusi drama 'Kerana Sarah' (slot Azalea TV3) dan 'Memberku Hawa' (Astro Ria).

GAMBAR FATTAH AMIN

Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku

Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku

Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku


Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku

Fattah Amin, Hero Playboy Itu Suami Aku

Friday, November 8, 2013

Tips Berkesan Atasi Masalah Bibir Pecah dan Merekah

Assalamualaikum wbt :)

Selalu dengar tips, orang cakap banyakkan minum air boleh membantu atasi kulit kering. Tapi, Ieyza walaupun hari-hari minum 2-3 botol besar air kosong pun tetap ada masalah bibir kering.

Kadang-kadang rasa tegang bibir. Silap hari bulan nak senyum pun boleh merekah dan luka. Nak cakap jadi terseksa dan tak selesa. Sekarang ni cuaca lebih panas dari biasa, lagilah menyumbang kepada faktor bibir kering.

Kali ni Ieyza nak share tips paling mudah dan berkesan untuk mengatasi bibir kering dalam masa yang singkat. Ieyza share untuk semua sebab Ieyza sendiri dah buat. Dan ia memang sangat berkesan. 


Untuk dapat gambaran lebih mudah sila tonton video pendek ni :)




Dalam video ni, model terus berus bibir lepas sapu vaseline oil. Tapi, Ieyza selalu sapu rata dan agak banyak pada malam sebelum tidur. Bangun pagi-pagi esok baru sapu bibir dengan berus gigi *circulation technique* perlahan-lahan supaya tak ada cedera.


Kesan

First time buat, memang boleh habis kepingan kering sekitar bibir. Tapi, lepas gosok pada bibir, kena kerap sapu pelembap. Supaya dia tak kering balik dengan cepat :)


Lagi satu tips elak dari basahkan bibir dengan lidah. Air liur sebenarnya boleh memberi kesan yang tak baik pada bibir yang luka dan kering. Sebab ia akan memberi kesan yang lebih kering. Malah lagi pedih.


# Kita share apa yang boleh beri manfaat bersama :) Selamat mencuba!
.

Thursday, October 24, 2013

CPUV Pertama Nuffnang - INTI Rebranding

Assalamualaikum and hye felllas !

Diam tak diam, dah hampir 2 minggu lebih Ieyza tak aktif mengetuk dashboard blog ni. Maklum lah, sekarang nie sedang busy memfokuskan diri dengan exam akhir tahun.

Btw, hari ini Nuffnang betul-betul surprise kan Ieyza. Siapa sangka, blog yang jarang berhupdate, bilangan visitor yang sedikit setiap hari. Walau bagaimana pun, Nuffnang bermurah hati menghadiahkan seketul CPUV kepada blog Ieyza Elena ni.


Penaja pertama yang telah memberi peluang kepada blog Ieyza untuk menjalankan kempen iklan mereka ialah INTI Rebbranding Campaign. I'm very honour with this achievement. Thank you Nuffnang !

P/S : Kalau nak tips, cuba minta dengan my sis Mieya Atiera. I learnt to make this patiently with her.

Thursday, September 26, 2013

5 Gambar Telefon Terkini Versi Kasut | Serius Pelik

Seorang pereka berusia 41 tahun, Sean Miles telah menghasilkan hasil rekaan terbarunya dengan mengabungkan telefon lama dengan kasut. Telefon kasut ini dijual pada harga RM10,000 sepasang. Untuk yang lebih kaya, boleh letak GPS.






Sunday, September 15, 2013

Wordless Wednesday - Cool Blog


Baru tahu yang cawangan Cool Blog kini telah dibuka di Taman Medan. Wow, Thats very boombastic !

Wednesday, July 17, 2013

Tips : Gaya Potongan Rambut Yang Sesuai Dengan Wajah

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua :)

Dah lama rasanya tak menjejakkan jari-jemari di ruang penulisan maya ini. Tiba-tiba bila dah online laman blogspot, terus terpikir nak update pasal Gaya potongan rambut yang sesuai mengikut wajah.

Antaranya ialah :

1. Wajah berbentuk hati (heart shaped face)

  • Wajah berbentuk hati biasanya memiliki dagu yang runcing disertakan jaw-line (rahang) yang ketara jika nak dibandingkan dengan bentuk  wajah yang lain.
  • Untuk mereka yang mempunyai wajah berbentuk sebegini, disarankan potongan rambut yang tidak menutup rahang. 
  • Potongan rambut pendek, panjang atau kerinting tidak menjadi persoalan. Tetapi adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan andanan rambut yang sarat, tinggi atau heavy waves.

Contoh-contoh rambut yang sesuai untuk wajah berbentuk hati boleh dilihat di bawah.










2. Wajah berbentuk oval (oval shaped face)

  • Wajah berbentuk oval kebiasaanya memiliki tulang pipi berserta dagu yang menyerlah. Kelebihannya ialah apa-apa potongan boleh diaplikasikan pada yang memiliki bentuk wajah ini.
  • Selalunya wajah berbentuk oval datang dengan pakej dengan bentuk muka yang agak panjang. Jadi, sangat-sangatlah disarankan untuk tidak mengenakan potongan spike yang terlalu tinggi kerana menyebabkan ketidakseimbangan pada kepanjangan wajah. Potongan terlalu panjang juga adalah tidak disarankan. 

Contoh potongan rambut yang sesuai ialah...











3. Wajah berbentuk bulat (round shaped face)

  • Ciri-ciri bentuk wajah sebegini ialah memiliki jaw-line dan dagu tidak ketara dan ia membentukkan wajah hampir bulat yang sempurna. Dan kebisaan sesiapa berbentuk wajah sebegini mempunyai pipi yang kelihatan agak chubby.
  • Dandanan rambut yang tinggi bersesuaian dengan wajah ini kerana mampu menyeimbangkan bentuk wajah untuk menjadi lebih menawan dan tertawan.
  • Potongan rambut terlalu pendek adalah tidak disarankan sama sekali kerana akan menyerlahkan bentuk bulat yang ketara. Elakkan juga potongan rambut tebal dibahagian pipi kerana akan memberi ilusi rambut yang kelihatan sungguh sarat.
Contoh potongan rambut yang sesuai adalah seperti berikut... 










4. Wajah berbentuk segi empat (square shaped face)

  • Wajah yang bersegi empat memiliki corners di jaw-line yang ketara sehingga memberi bentuk yang bersegi, dimana ia berbeza sekali dengan wajah berbetuk  yang bulat.
  • Bentuk wajah ini mempunyai kelebaran yang sama dari hujung ke hujung dahi, antara kedua-dua pipi dan antara rahang ke rahang.
  • Potongan rambut layers sangat sesuai diaplikasikan untuk mengurangkan effect bersegi pada wajah.
  • Namun, potongan lurus dan rata sama sekali akan tidak disarankan pada wajah berbentuk ini kerana akan memberi ilusi wajah yang sangat lebar yang ketara. 


Antara contoh potongan yang menarik dan sesuai ialah:











Haaa... So now, you all faham kan kenapa pemilihan rambut perlu bersesuaian bentuk wajah...? 


Of course sebab nak menyeimbangkan penampilan keseluruhan pada wajah supaya lebih menawan gitu.

Sebab itulah kenalpasti bentuk wajah juga sangat penting~


Sunday, June 16, 2013

12 Gambar Fiza Elite Bertudung

Assalamualaikum wbt :)
fiza elite bertudung
Nampak manis kan? Memang sejuk hati memandang wajah Fiza Elite. Semoga Fiza akan terus kekal bertudung. Diharap style sebegini pun dapat dikekalkan. Abang Nara tertarik membaca pengumuman Fiza Elite mengenai penghijrahannya di Instagram.
Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia.
fiza elite bertudung
Tahniah sekali lagi buat Fiza. 
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung
fiza elite bertudung

Wednesday, March 20, 2013

Tutorial : Cara Letak Icon Sebelah Post Title

Assalamualaikum wbt dan good morning :)

Wah, dah lama rasanya Ieyza tak update blog ni. Lagi-lagi pasal tutorial blog kan? Jadi kali ini, Ieyza nak buat tutorial letak icon di sebelah tajuk post macam ni :


Macam mana nak buat?? Jom mulakan tutorial ini :)

1. Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget

2. Tekan F3 atau Ctrl+F, and then cari kod

<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>

3. Lepas tu, letak kod ini di tengah-tengah kod tadi

<img src="URL Gambar"/>

4. So akan jadi, macam nie :

<a expr:href='data:post.url'><img src="URL GAMBAR"/><data:post.title/></a>

Di bahagian URL gambar tu, korang gantikan dengan url icon pilihan korang. Kat bawah ni, contoh je. Kalau berminat ambil lah :)

http://dl8.glitter-graphics.net/pub/545/545968m2zw47mkg0.gif

http://dl10.glitter-graphics.net/pub/472/472520sfic79foof.gif

http://dl.glitter-graphics.net/pub/974/974351t9iy67l9g0.gif

http://dl6.glitter-graphics.net/pub/1160/1160176b7yjnsin74.gif

http://dl.glitter-graphics.net/pub/1528/1528021wvultr4btn.gif