Friday, November 28, 2014

5 Cara Mudah Belajar Matematik

Assalamualaikum wbt :)

Umumnya, semua sedia maklum bahawa Matematik merupakan subjek matapelajaran yang dikira sebagai "Top Three" paling susah nak score di sekolah. 

Oleh sebab Matematik bersifat membangun atau mengembang (developmental), pelajar yang sudah ketinggalan di peringkat bawah akan menghadapi kesukaran mengikuti dan memahami pelajaran di peringkat lanjut. Jangan pelik jika anak anda lemah Matematik pada UPSR, kemudiannya dia akan terus lemah Matematik pada PT3 dan peringkat SPM. 



Kenapa? Hal ini sebenarnya berkait rapat dengan asas MatematikPercaya atau tidak pelajar yang lemah Matematik akan juga lemah pada subjek-subjek yang ada hubungkait dengan Matematik seperti sains, fizik dan kimia.

So, bagaimana nak atasi masalah lemah dalam subjek Matematik?



1. Wujudkan minat terhadap matematik walaupun tak pandai kerana segalanya bermula dengan minat. jika kita minat pada sesuatu itu, kita akan berusaha mendapatkannya.

2. Perbanyakkan membuat latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.

3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.


4. Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

5. Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.



Sunday, November 2, 2014

PANDUAN DEKORASI : 5 Tips Menghias Bilik Kecil

Pernah tak korang cuba menghias ruang yang sempit? Contohnya menghias bilik yang tidak begitu luas. Penyusunan perabut dan sentuhan warna memainkan peranan yang sangat penting dalam menghias bilik yang sempit.
Ada beberapa tips mudah yang boleh diikuti untuk mengias ruang yang sempit, agar ruang itu nampak luas.

1) Pilih warna yang agak pudar seperti warna pastel atau warna neutral untuk warna dinding dan lantai. Warna-warna sebegini akan membuatkan bilik itu kelihatan lebih luas.
2) Hias dengan aksesori yang terang warnanya, untuk memberikan kontra pada warna dinding dan lantai.
3) Pemilihan perabut yang sederhana atau lebih kecil saiznya, akan membuatkan ruang sempit itu kelihatan lebih luas. Perabut yang terlalu besar tidak sesuai dan akan menyempitkan lagi ruang kosong dalam bilik tersebut.
4) Jika bilik itu mempunyai tingkap, pasangkan langsir dari jenis kain yang nipis. Aliran cahaya matahari yang masuk melalui tingkap akan membuatkan bilik itu kelihatan lebih lapang.
5) Susun atur yang ringkas pasti akan membuatkan ruang yang sempit itu nampak lebih luas dan tidak serabut.
Ada banyak lagi tips menghias dalam Panduan Mendekorasi Kediaman. Tips-tips yang mudah diikuti terutamanya dalam pemilihan  warna, perabot dan aksesori serta idea-idea susun atur agar rumah kita nampak lebih cantik.