Saturday, December 24, 2011

Cara menjana pendapatan di Facebook

Okay, hari nie saya nak kongsi bagaimanakah cara-cara untuk menjana pendapatan di Facebook. bagi mereka yang belum menyertai lagi, sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Secara amnya, terdapat beberapa teknik biasa yang orang sering gunakan untuk tujuan menjana pendapatan sampingan dengan mempromosi iklan. Antaranya :

1) add kawan sampai limit
Teknik ini memang memeritkan pada mulanya sebab anda terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk sampai ke limit yang terakhir, iaitu 5000. Tapi hasilnya, kalau anda post lin anda sebanyak beratus kali pon, orang takkan marah punya..

2) post kat group
Biasanya anda terpaksa asked to join the group. Maknanya, samalah macam friend request. Tapi teknik ni agak best sebab kalau group tu dah ada beribu pengikut, peluang untuk link anda di klik pun agak tinggi jugak. Namun yang tak bestnya, orang boleh delete link kita dan mungkin akan dilabel sebagai spam kalau terlebih excessive.


3) post kat fan page
Fungsinya sama macam group jugak. Tapi yang bestnya, korang cuma perlu tekan butang like sahaja dan boleh letak link churpchurp dah. Namun begitu, massive linking pon boleh membuatkan korang dilabel sebagai spam. so, BEWARE !


Jadi, korang dah tau semua teknik kat atas ni kan? Sekarang, korang cuma perlu pilih mana-mana teknik yang korang suka dan mulalah menjana pendapatan sendiri..

Wednesday, December 7, 2011

Friendship

i cried watching kim possible.



Just because her friendship with ron is so strong and beautiful. 





The fact that it reminded me of myself and my ex-best friend.



Ira, i miss the old you so so much.









Friday, September 9, 2011

Cara share link iklan di laman sosial

Hari ni, saya nak kongsikan cara-cara untuk share link iklan di Facebook dan twitter.. 
Bagi yang belum mendaftar churpchurp, boleh click sini.


1. Anda perlu login Churpchurp terlebih dahulu. Kemudian click pada Dashboard ChurpChurp anda. Cuba lihat jika ada iklan yang anda boleh kongsikan dengan kawan-kawan. 
Jika ada, click perkataan Earn More seperti gambar di bawah.

Beginilah rupa iklan yang perlu anda kongsi. 

2. Kemudian, anda diberi 2 pilihan untuk berkongsikan iklan tersebut. Sama ada nak pilih option 1 atau 2.

Cara Pertama :



Cara Kedua :

Bolehlah pilih mana-mana cara yang anda suka :) And then, paste / share ayat tersebut dekat Facebook dan Twitter.

Cara Nak Share Iklan ChurpChurp Di Facebook

1. Layari Laman Facebook. Sekiranya anda belum login facebook, sila log in ke akaun anda terlebih dahulu.

2. Setelah login, anda boleh paste ayat yang telah di copy tadi  dan kemudian click perkataan kirim.  


3. Siap! Cuba lihat wall facebook anda. Iklan tersebut secara automatik akan ada di wall anda.


Cara Nak Share Iklan ChurpChurp Di Twitter


1. Layari laman TwitterSama seperti facebook juga, sekiranya anda belum login twitter, sila lah log in terlebih dahulu.

2. Sama seperti cara share iklan churpchurp di facebook, paste ayat yang telah di copy dan kemudian anda kena click perkataan Tweet.

* Status tweet tu anda boleh ubah dengan ayat anda sendiri dan tinggalkan saja link yang ada (seperti gambar di atas). Bagaimana cara nak ubah status? Boleh terus taip di twitter atau dashboard churpchurp :



3. Siap! Iklan tersebut akan keluar di status twitter anda.


* Sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan di ruangan komen entri ini. Selamat mencuba!

Wednesday, September 7, 2011

How to share a campaign : YES & NO

Memang tidak dinafikan, dunia maya boleh memberi pendapatan sampingan bagi kita.
Di Malaysia, antara syarikat pengiklanan online yang terkenal adalah ChurpChurp.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mempromosi kempen dengan cara yang betul?



Pastikan anda mengikut terma dan syarat mempromosi iklan..
  • Post to Facebook: Post campaign link on your Facebook wall, or message your friends. (Avoid posting links in bunches as they tend to look like spam)
  • Tweet on Twitter: Tweet the link and add a message that explains the campaign in short.
  • Blog about the campaign. Add text, images, videos or design posters to promote a campaign! The more effort, the higher chances that someone will click on the link.
  • Update status on Instant Messenger: Yahoo Messenger, MSN, Gtalk, Skype and others.
  • Email your friends: Drop a short email to your friends about the campaign. Don’t spam them if they don’t like it though..
  • Tell it to your friends on other social networks that you belong to.

All you need is to promote it genuinely to your friends. Make sure you do not do any of the following DON’T's to promote a campaign :

  • Don’t use automated methods to generate clicks on your link
  • Don’t use misleading message to gain clicks on your link. Eg. “Please help to click for me”
  • Don’t tag multiple people in your Facebook posts.
  • Don’t email people that you don’t know
  • Don’t ask other users to click your links
  • Don’t create or join click rings to gain clicks from other members
  • Don’t post your link on shout boxes and discussion forums
  • Don’t post your link on campaign’s website or campaign Facebook page
  • Don’t post your link on Churpchurp Community and Churpchurp Facebook page
  • Don’t post your link on job hunting sites
  • Don’t use Paid To Click (PTC) sites

Saturday, September 3, 2011

Berapa bayaran Churpchurp kepada pengiklan

Menjawab kepada persoalan di atas, bayaran yang diberikan pada saya agak berbaloi.  Pada hari-hari biasa, anda mampu mendapat bayaran sekitar  RM0.20 untuk setiap unique click.. Walaubagaimanapun, pada setiap hari Rabu, anda berpeluang untuk menerima bayaran sebanyak RM0.40 untuk setiap unique click. 


Ya, itu bayaran untuk satu klik sahaja. Bayangkan jikalau dalam masa sehari anda mampu mendapatkan 20 klik, jadi dalam masa sebulan anda boleh jana lebih dari RM100. Mudah bukan?



Kalau ada yang tanya bagaimanakaah cara mudah untuk meningkatkan klik pada Churpchurp ini.. Jawapannya adalah melalui FACEBOOK dan Twitter
Melalui facebook, anda bukan sahaja boleh bersosial, tetapi dalam masa yang sama anda boleh buat duit melalui Churpchurp menggunakan platform facebook. Jadi tugas anda hanyalah post di facebook dan tunggu sahaja duit anda masuk.

Mudah bukan  buat duit dengan churpchurp  nie!!

Friday, September 2, 2011

Bagaimana Churpchurp berfungsi?

Bagaimanakah saya memulakan Churpchurp?
Pendaftaran Churpchurp sungguh mudah, semudah ABC!  
Perkara utama, anda perlu mempunyai akaun Facebook dan akaun Twitter.. Sesudah itu, layari ke laman utama Churpchurp dan mula mendaftar.. Ikutilah arahan yang dipaparkan dan secara rasminya anda menjadi seorang Churper!  KLIK SINI UNTUK MULA


Alternatif lain untuk menyertai Churpchurp
Anda boleh sertai Churpchurp sekiranya anda adalah pengguna media sosial! Jangan risau jika anda tiada akaun Facebook atau Twitter, anda masih boleh berkongsi melalui platform lain contoh: Blog, Instant Messenger dan lain lain lagi!

Sudah tentunya, lebih platform = lebih cara untuk kongsi = lebih ganjaran!


Bagaimanakah Churpchurp berfungsi?
Adanya dua cara untuk anda menyebarkan mesej-mesej kepada rakan-rakan anda: 

a) Social Sharing Churpchurp
Anda dapat mencari Social Sharing kempen pada Laman Utama Churpchurp dan anda bolehlah berkongsi kempen serta-merta!


b) Social Seeding Churpchurp
Untuk Social Seeding, anda akan menerima notifikasi emel sekira anda dipilih!


Adakah ini bermaksud saya akan menghantar spam kepada rakan-rakan saya dalam bentuk iklan?


Tidak! Anda dibenarkan untuk memilih seberapa kerap anda ingin menyebarkan mesej-mesej juga mesej yang manakah lebih menarik perhatian rakan-rakan anda! Tapi sudah tentunya anda boleh menyebar seberapa kerap yang anda ingin untuk pendedahan maksimum!


Thursday, September 1, 2011

Cara mudah menjana pendapatan

Semua orang sedia maklum bahawa blog merupakan salah satu medium yang terbaik untuk menjana pendapatan sampingan.  Kalau tak percaya, cuba lihat blogger-blogger baru. Sudah semestinya ramai yang telah meletakkan widget-widget pengiklanan di blog mereka kan?


Sebenarnya, memang ada banyak peluang atau cara untuk kita menjana pendapatan dengan mudah. Namun, kenapa masih ada yang gagal? 


Jawapan yang paling mudah ialah sifat malas berusaha. Ya, mungkin terdapat banyak lagi sebab. 


Justeru itu, perkara utama yang perlu anda lakukan untuk mengecap kejayaan ialah kena rajin dan tidak perlu tergesa-gesa melihat hasilnya. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang tidak sabar dalam mencari keuntungan mudah dan cara buat duit cepat tanpa mengeluarkan modal telah saya temukan satu cara itu.




Ya, apa yang saya maksudkan di sini adalah melalui ChurpchurpTahu apakah bendanya ChurpChurp ni? Kalau dah tahu baguslah. Kepada yang belum tahu, biar saya bagi info sedikit. 



ChurpChurp adalah sebuah program pengiklanan melalui media sosial yang mana ianya memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjana pendapatan. 


Kalau dulu, ChurpChurp hanya menggunakan Twitter sebagai medium untuk menyebarkan kempen iklan mereka dan ianya pula dilakukan oleh publisher yang terpilih sahaja. Tapi kini ChurpChurp sudah membenarkan semua publisher tanpa ‘pilih kasih’ untuk mempromosikan kempen iklan mereka melalui pelbagai medium selain Twitter antaranya Facebook dan blog.

Secara jelasnya, churpchurp ini ialah sebuah syarikat dibawah naungan nuffnang dan beroperasi dengan jayanya dimana churpchurp bukanlah satu syarikat scam! Jadi, marilah sama-sama kita sertai churpchurp!



Friday, June 10, 2011

hitam putih kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saat ini teringin betul rasanya bagi saya hendak menaip sesuatu.. Tapi saya risau apa yang bakal saya taip nanti akan bertukar menjadi merapu dan mengarut.. heh, sebenar nya idea untuk menaip masih terlalu banyak.. Maybe kerana saya masih hijau lagi dalam dunia blogging nie.. 

Semenjak akhir-akhir nie, banyak betul kejadian yang terjadi dalam kehidupan saya nie.. Tapi bila hendak menaip balik setelah saya fikirkan baik dan buruk semua nya , adakah benar untuk saya menaip di sini? Well , bagi saya buat masa sekarang hendak cerita perkara peribadi di dalam belog adalah amat digalakkan sama sekali.

Banyak baik buruknya apabila menaip tentang hal peribadi tak kisah lah sama ada kita nie pandai maths ke, kita nie tak pergi kelas mengaji ke, kita nie susah nak cari fesyen baju ke, semua tu nampak macam hal remeh.. Tapi apabila banyak mata-mata yang sibuk-menyibuk nak mengetahui hal kita, dorang akan ambil perkara yang remeh tu dan bertukar kepada bentuk sindiran , provokasi dan sebagai nya.. 

iyep, itulah salah satu perkara yang seorang blogger akan lalui jikalau dorang mempamerkan kisah peribadi yang sepatutnya tersimpan rapi di dalam diri masing-masing.. Sebab itu, orang dulu-dulu pernah berpesan, kalau nak bersikap jujur sekalipon biar bertempat.. Kang tak pasal pasal sikap kejujuran itu sendiri boleh memburukkan diri kita balik..

kekdahnya saya bercakap soal ini pada entry kali nie? Macam nie, baru-baru nie, kita semua dikejutkan dengan berita yang hot dan sensasi yang sering terpampang di dada-dada blog seperti isu adinda evans, Gambit si pengarah video klip dan macam-macam lagi.. Kelihatan ramai blogger yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu itu.. Tidak kurang pulak ada yang secara beraninya memberi kutukan yang pedas-pedas kepada mereka..

oke, mungkin juga disebabkan isu-isu tersebut membuatkan saya sendiri tampil untuk menaip sesuatu di ruangan blog nie.. Kita sepatutnya sebagai warga yang prihatin seharusnya membantu dorang dengan memberikan nasihat untuk menjernihkan lagi keadaan.. Tapi, apa yang berlaku sekarang ialah sebaliknya.. Siapa yang tak sedih bukan kalau setiap kali membaca entri daripada blog bloggers lain, mereka mempamerkan bahasa-bahasa kesat, memaki hamun bagai?

Ingatlah, hidup itu sebuah pembelajaran dan pembelajaran di dalam kehidupan seharian itu amat berharga dan tidak dapat dibeli di mana-mana.. Kadang-kadang kita sendiri tak dapat memahami apa-apa perkara yang seseorang itu cuba sampaikan di dalam blog mereka kerana kita sendiri tak pernah mengalaminya.. Sebabnya, lain orang lain ceritanya..

Thursday, June 9, 2011

salam perkenalan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Hari ini merupakan hari pertama bagi saya untuk menulis di ruangan blog nie.. Salam perkenalan buat para blogger yang singgah.. Masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari mengenai penulisan di dunia blog nie.. Saya harap, anda sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya ye :)

Sebenarnya, saya teramatlah bingung untuk bermula daripada mana.. tapi, saya akan mencuba sebaik yang mungkin untuk menaip entri ini.. Terlebih dahulu, mesti lah kena perkenalkan diri dulu kan? Orang kata, kalau tak kenal macam mana nak mesra kan? okay, nama sebenar saya ialah Cik Peah hidung kemek kepala senget.. HAHA   gurau jew lah..

Jadi di sini, saya hanya menggunakan nama samaran sahaja sebagai identiti yang sah di dalam blog ini, iaitu Ieyza Elena.. Saya harap, lepas nie tiada orang lagi yang akan meragui tentang identiti saya ini ye.. ohhh ya, saya masih lagi bersekolah dan  bakal menduduki peperiksaan UPSR di penghujung tahun ini.. Saya mula mengenali belog ini pon setelah tertarik dengan blog kakak saya.. Segala macam perkara yang ada di dalam blog nie, kakak saya yang menolong untuk membuatnya termasuklah entry nie.. heee~ Salam perkenalan yaaa !