Thursday, June 9, 2011

salam perkenalan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Hari ini merupakan hari pertama bagi saya untuk menulis di ruangan blog nie.. Salam perkenalan buat para blogger yang singgah.. Masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari mengenai penulisan di dunia blog nie.. Saya harap, anda sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya ye :)

Sebenarnya, saya teramatlah bingung untuk bermula daripada mana.. tapi, saya akan mencuba sebaik yang mungkin untuk menaip entri ini.. Terlebih dahulu, mesti lah kena perkenalkan diri dulu kan? Orang kata, kalau tak kenal macam mana nak mesra kan? okay, nama sebenar saya ialah Cik Peah hidung kemek kepala senget.. HAHA   gurau jew lah..

Jadi di sini, saya hanya menggunakan nama samaran sahaja sebagai identiti yang sah di dalam blog ini, iaitu Ieyza Elena.. Saya harap, lepas nie tiada orang lagi yang akan meragui tentang identiti saya ini ye.. ohhh ya, saya masih lagi bersekolah dan  bakal menduduki peperiksaan UPSR di penghujung tahun ini.. Saya mula mengenali belog ini pon setelah tertarik dengan blog kakak saya.. Segala macam perkara yang ada di dalam blog nie, kakak saya yang menolong untuk membuatnya termasuklah entry nie.. heee~ Salam perkenalan yaaa !

0 jejari komen: