Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saat ini teringin betul rasanya bagi saya hendak menaip sesuatu.. Tapi saya risau apa yang bakal saya taip nanti akan bertukar menjadi merapu dan mengarut.. heh, sebenar nya idea untuk menaip masih terlalu banyak.. Maybe kerana saya masih hijau lagi dalam dunia blogging nie..
Semenjak akhir-akhir nie, banyak betul kejadian yang terjadi dalam kehidupan saya nie.. Tapi bila hendak menaip balik setelah saya fikirkan baik dan buruk semua nya , adakah benar untuk saya menaip di sini? Well , bagi saya buat masa sekarang hendak cerita perkara peribadi di dalam belog adalah amat digalakkan sama sekali.
Banyak baik buruknya apabila menaip tentang hal peribadi tak kisah lah sama ada kita nie pandai maths ke, kita nie tak pergi kelas mengaji ke, kita nie susah nak cari fesyen baju ke, semua tu nampak macam hal remeh.. Tapi apabila banyak mata-mata yang sibuk-menyibuk nak mengetahui hal kita, dorang akan ambil perkara yang remeh tu dan bertukar kepada bentuk sindiran , provokasi dan sebagai nya..
iyep, itulah salah satu perkara yang seorang blogger akan lalui jikalau dorang mempamerkan kisah peribadi yang sepatutnya tersimpan rapi di dalam diri masing-masing.. Sebab itu, orang dulu-dulu pernah berpesan, kalau nak bersikap jujur sekalipon biar bertempat.. Kang tak pasal pasal sikap kejujuran itu sendiri boleh memburukkan diri kita balik..
kekdahnya saya bercakap soal ini pada entry kali nie? Macam nie, baru-baru nie, kita semua dikejutkan dengan berita yang hot dan sensasi yang sering terpampang di dada-dada blog seperti isu adinda evans, Gambit si pengarah video klip dan macam-macam lagi.. Kelihatan ramai blogger yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu itu.. Tidak kurang pulak ada yang secara beraninya memberi kutukan yang pedas-pedas kepada mereka..
oke, mungkin juga disebabkan isu-isu tersebut membuatkan saya sendiri tampil untuk menaip sesuatu di ruangan blog nie.. Kita sepatutnya sebagai warga yang prihatin seharusnya membantu dorang dengan memberikan nasihat untuk menjernihkan lagi keadaan.. Tapi, apa yang berlaku sekarang ialah sebaliknya.. Siapa yang tak sedih bukan kalau setiap kali membaca entri daripada blog bloggers lain, mereka mempamerkan bahasa-bahasa kesat, memaki hamun bagai?
Ingatlah, hidup itu sebuah pembelajaran dan pembelajaran di dalam kehidupan seharian itu amat berharga dan tidak dapat dibeli di mana-mana.. Kadang-kadang kita sendiri tak dapat memahami apa-apa perkara yang seseorang itu cuba sampaikan di dalam blog mereka kerana kita sendiri tak pernah mengalaminya.. Sebabnya, lain orang lain ceritanya..
0 jejari komen:
Post a Comment