Wednesday, July 17, 2013

Tips : Gaya Potongan Rambut Yang Sesuai Dengan Wajah

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua :)

Dah lama rasanya tak menjejakkan jari-jemari di ruang penulisan maya ini. Tiba-tiba bila dah online laman blogspot, terus terpikir nak update pasal Gaya potongan rambut yang sesuai mengikut wajah.

Antaranya ialah :

1. Wajah berbentuk hati (heart shaped face)

  • Wajah berbentuk hati biasanya memiliki dagu yang runcing disertakan jaw-line (rahang) yang ketara jika nak dibandingkan dengan bentuk  wajah yang lain.
  • Untuk mereka yang mempunyai wajah berbentuk sebegini, disarankan potongan rambut yang tidak menutup rahang. 
  • Potongan rambut pendek, panjang atau kerinting tidak menjadi persoalan. Tetapi adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan andanan rambut yang sarat, tinggi atau heavy waves.

Contoh-contoh rambut yang sesuai untuk wajah berbentuk hati boleh dilihat di bawah.










2. Wajah berbentuk oval (oval shaped face)

  • Wajah berbentuk oval kebiasaanya memiliki tulang pipi berserta dagu yang menyerlah. Kelebihannya ialah apa-apa potongan boleh diaplikasikan pada yang memiliki bentuk wajah ini.
  • Selalunya wajah berbentuk oval datang dengan pakej dengan bentuk muka yang agak panjang. Jadi, sangat-sangatlah disarankan untuk tidak mengenakan potongan spike yang terlalu tinggi kerana menyebabkan ketidakseimbangan pada kepanjangan wajah. Potongan terlalu panjang juga adalah tidak disarankan. 

Contoh potongan rambut yang sesuai ialah...











3. Wajah berbentuk bulat (round shaped face)

  • Ciri-ciri bentuk wajah sebegini ialah memiliki jaw-line dan dagu tidak ketara dan ia membentukkan wajah hampir bulat yang sempurna. Dan kebisaan sesiapa berbentuk wajah sebegini mempunyai pipi yang kelihatan agak chubby.
  • Dandanan rambut yang tinggi bersesuaian dengan wajah ini kerana mampu menyeimbangkan bentuk wajah untuk menjadi lebih menawan dan tertawan.
  • Potongan rambut terlalu pendek adalah tidak disarankan sama sekali kerana akan menyerlahkan bentuk bulat yang ketara. Elakkan juga potongan rambut tebal dibahagian pipi kerana akan memberi ilusi rambut yang kelihatan sungguh sarat.
Contoh potongan rambut yang sesuai adalah seperti berikut... 










4. Wajah berbentuk segi empat (square shaped face)

  • Wajah yang bersegi empat memiliki corners di jaw-line yang ketara sehingga memberi bentuk yang bersegi, dimana ia berbeza sekali dengan wajah berbetuk  yang bulat.
  • Bentuk wajah ini mempunyai kelebaran yang sama dari hujung ke hujung dahi, antara kedua-dua pipi dan antara rahang ke rahang.
  • Potongan rambut layers sangat sesuai diaplikasikan untuk mengurangkan effect bersegi pada wajah.
  • Namun, potongan lurus dan rata sama sekali akan tidak disarankan pada wajah berbentuk ini kerana akan memberi ilusi wajah yang sangat lebar yang ketara. 


Antara contoh potongan yang menarik dan sesuai ialah:











Haaa... So now, you all faham kan kenapa pemilihan rambut perlu bersesuaian bentuk wajah...? 


Of course sebab nak menyeimbangkan penampilan keseluruhan pada wajah supaya lebih menawan gitu.

Sebab itulah kenalpasti bentuk wajah juga sangat penting~