Sunday, June 10, 2012

Rahsia Mendapatkan BE dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Hari nie Ieyza akan rungkaikan rahsia para blogger yang selalu menndapat Buffered Earning dari Nuffnang nie. Ieyza perolehi info ini daripada kakak Ieyza, iaitu Mieya Atiera


Untuk makluman, kakak Ieyza nie dah banyak kali mendapat BE daripada Nuffnang. Hampir 20 jenis iklan BE kalau tak silap. Antara tips-tips yang beliau selalu praktikkan ialah :


  • Blogger yang dapat berbelas-belas Buffered Earnings nie, nampaknya blog-blog mereka tu telah memikat hati dan digemari oleh advertiser Nuffnang. So, korang kena lah buat blog korang menjadi ‘mesra Nuffnang’ kalau nak jadi favourite mereka.

  • Kalau kita target CPC (dapat duit berdasarkan klik), so kena buat blog yang mesra pengguna. Sebab readers ni yang akan menentukan berapa earning kita. Tapi jangan pulak memaksa para pembaca klik iklan kita. Tak baik tau ! Biarlah dorang klik dengan seikhlas hati dorang.
  • Oh ye, disebabkan larangan klik-klik ini, ada jugak yang kata “Eh kalau macam tu tak nak klik lah iklan Nuffnang, takut lah!”… 

    Bukan macam tu lah. Sebenarnya korang tak boleh buat pakatan dengan kawan-kawan untuk klik iklan. Kau klik aku, aku klik kau. Kalau rasa nak klik, klik aje la. Nak klik iklan dalam blog kakak Ieyza, lagi dialu-alukan.

  • Apa-apa pun kata kuncinya ialah tulislah blog yang berkualiti, asli dan janalah traffik. Tapi jangan terlalu stress untuk dapatkan earning sampai kita hilang ‘enjoy’ menulis. Kita kena enjoy dalam penulisan, barulah kita tak tertekan untuk “kena juga ada update hari ni”.
  • Jangan jadikan earning/iklan sebagai motivasi untuk kita terus menulis. Kalau tak nanti, bila tengok earning dah makin kurang,or Buffered Earning dah takde yang baru, kita dah demotivated.
  • Sila tepek ketiga-tiga iklan Nuffnang -  To put on header "Leaderboard", To put on sidebar
    "Skyscraper" & To put between contents "Large Rectangle".. Register dulu baru boleh tepek iklan tu. Kalau dah ada ketiga2 iklan ni baru boleh masyuk okey.

3 jejari komen:

Unknown said...

tq bg tip nie

hazanis said...

nice tips.:)

fanacheksaat said...

Tq for the tip ! Dah lama blogging pon masih tak dpt BE.