Wednesday, September 12, 2012

Resepi Kejayaan UPSR, PMR, SPM, STPM Dan Lain-Lain


Resepi Kejayaan UPSR, PMR, SPM, STPM Dan Lain-Lain.


Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha.
100 gm Kesabaran.
100 gm Keimanan.
190 gm Keinsafan.
150 gm Pengorbanan.
150 gm Campuran akhlak mulia.

boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu the rasa tanggungjawab.
200 gm senyum secukup rasa.


Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.


7 Cara Cemerlangkan Otak :

1. Positive mental attitude & positive physical action.
2. Air-clean air for the brain.
3. Mental Challenges for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the brain.
6. Sleep for the brain.
7. Meditation & power brain.

( Amalan Peningkatan Daya Ingatan )

  • Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  • Percaya pada diri sendiri.
  • Ulang berkali-kali.
  • Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  • Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  • Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).


P/S : AMALKAN DAN SEMOGA BERJAYA.

0 jejari komen: