Thursday, April 19, 2012

Tips Cara Elak Mengantuk dalam Kelas

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)


Entry kali ni lebih kepada memberi tips kepada diri sendiri dan juga kawan-kawan yang lain yang suka tidur dalam kelas. Diharapkan ini semua dapat membantu kita semua :)


ok mari kita kongsikan bersama!

1. korang beli gula-gula getah atau gula-gula lain yang kalau boleh masam masam sikit atau yang berangin. beli banyak banyak untuk buat persiapan berperang dengan mata yang kuyu ni. hehe.

gula gula mentos jugak memang berkesan untuk menghilangkan mengantuk tapi bila stok habis, ok mata menang! hehe..

2. bawa air masak ke kelas. otak kita mengandungi 80% air. kita rasa mngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak henti henti bernafas. bila minum air, bendalir dalam badan akan seimbang. ini akan mengurangkan rasa ngantuk.

ok kawan kawan jom pakat ramai ramai bawak air, jom kita beli botol air cantik cantik supaya semangat sikit nak bawak kan... hehee

3. bila korang rasa sangat sangat mengantuk dalam kelas dan memang tak boleh nak tahan  lagi ,segera keluar dari kelas. (bukan balik rumah ke ponteng kelas ke apa, tapi pergi toilet basuh muka biar lebih segar)

basuh jangan tak basuh!hehe..

4. kalau masih mengantuk, minta tolong rakan korang urutkan bahu dan belakang korang. (tapi jangan urut tengkuk kerana ianya lebih mendorong anda untuk tidur)

amboi sukanya kucing ni kena urut dengan kawan dia. tengok muka dia! comel!
hah jadi inilah dia tips yang dapat Ieyza kongsi dengan korang untuk kali ini. (thanx again sebab sudi membaca!) ok sebelum tuhh, melihat benda atau objek berwarna hijau turut membuatkan mata kita segar dan tak ngantuk tau. cubalah...hehe..

kan best ada pokok pokok cantik camni kat sebelah kelas kan? komfirm tengok luar jela.hahaha..

0 jejari komen: