Sunday, July 15, 2012

Tutorial : Cara Private kan Chatbox di Blog

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Ieyza perasan, setiap kali berblogwalking sahaja, iezya pasti akan terjumpa dengan Chatbox yang diprivasikan khas untuk tontonan dan bacaan si admin sahaja.

Lantas, Ieyza terfikir untuk membuat tutorial bagi membantu korang untuk memiliki private chatbox sendiri. Cara-caranya :

1. Mula-mula, sila pasang chatbox di blog korang. Kalau tak tahu, sila rujuk pada entri INI

2. Dashboard Blogger --> Design -->  Buka gadget chatbox korang

Dan akan tertera seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah kan?



3. Perhatikan kod yang tertulis perkataan height atau tekan F3 untuk mencari keyword height


4. Tukarkan angka yang ditunjukkan kepada 100 untuk memprivasikannya daripada tontonan umum.

Dah siap? Save je lah :)

Selamat Mencuba ye semua :)



0 jejari komen: